pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan
Setelah
berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak
dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di
dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika
tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari
untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk
Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara
harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil
masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang
setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum
lain.
Marilah
kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya
memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu
beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau
menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya
sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa
kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan
beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh
beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara
lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung
beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan
untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,
menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan
kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan
pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau
ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi
semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil
minyak ikan.
Ketika
saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau
fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan,
menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.
Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara
yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini
akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.
Di
Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut
saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini
bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh
atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg
mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.
(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah
sendiri..!)
Perhatian
saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi
cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate
(semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik
terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya
ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak
mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
perhidmatan negara.
Selanjutnya
pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini
murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan
mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu
lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel
oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah
anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini
dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya
menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak
kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering
menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang
Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah
sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat
di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa
faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan
anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di
Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah
naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa
faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California
sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya,
pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah
tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam
lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya
ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik
untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk
pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah
tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga
sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola
keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron
(goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si
perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan
sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali
untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini
bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap
pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya
begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir
serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran
mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah
sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda
mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok?
Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera
terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti
terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh
sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri?
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini
bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di
tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat
sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui
program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu
saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya
hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan
semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk
kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di
alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of
SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
No comments:
Post a Comment