1882-1904
Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.
1897
Kongres Zionis pertama bertemu
di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan
lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.
1904-1914
Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.
1917
2 November, Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.
Lord Arthur James Balfour
1918
9 Disember, Tentera British menjajah Palestin.
1920
24 April, Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.
1936-39
Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.
1947
29 November, Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin
telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara,
sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi
bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB).
Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di
sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih
dahulu dengan pihak Palestin.
1948
9 April, Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan BaitulMaqdis.
14 Mei,
Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis
serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat
menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram
Israel.
1949
Pada penghujung tahun 1948,
Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin.
Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian
dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi
hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.
1967
5 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’
Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika
Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur
Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga
Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.
LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!
No comments:
Post a Comment