Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita-SYARAHAN ISTERI DR ABD AZIZ AR RANTISI
Assalamualaikum,
Alhamdulillah
malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari
Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As
Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
Melihat
kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat
sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr
Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan
oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha
dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah
swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
Puan
Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah
membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar
boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat
Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang
cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa
ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan
kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2
yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah
sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci.
Penduduk
Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang
penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah
berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di
akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama
umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi
kemanusiaan sebagai wanita.
Tahun
baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di
Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan
peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan
bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2.
Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang
mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka
(Yahudi)."
3.
Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa
beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya
oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam
keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom
sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya
perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
4.
Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza
dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula
lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar
samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh
luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan
senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di
jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu
sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa:
"Hai kamu masih hidup ya?"
Wilayah
ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai
polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan
pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta
sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya
boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya
tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama
bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di
tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan
masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai
sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih
memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat
tinggi.
Jangan
lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan
selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami
kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di
samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan
berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa
anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian
berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para
ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di
tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari
berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka
dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan
mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan
diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan
pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata
dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan
melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah
di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain
itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka
tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih
boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak
membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera.
Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan
walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka
juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit
kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar
berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula
bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi
pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan
mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak
di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan
menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1.
Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak
membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di
Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress"
atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2.
Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah
swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan
berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel
ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga
yang terkorban.
3.
Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap
tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan
mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap
berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di
hadapan anak-anak mereka.
Nampak
dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap
berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa
badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah
kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan,
baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup
tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum
wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika
peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul
beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali
merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang
bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha
menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Belum
lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini
kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak
walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
Bagi
bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya
terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan
kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada
musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat
bergerak menjalani kehidupan mereka.
Jika
sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada
hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke
hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya
bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama
Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
Ini
kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak
mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah
tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai
hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan
kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu
generasi ke generasi Palestin yangbaru.
Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka..
No comments:
Post a Comment